PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH, DASAR DAN PEMBANGUNAN

  Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera



HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH, DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 

FALSAFAH PENDIDIKAN 

Falsafah merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dari pelbagai sudut serta melihat gambaran besar yang menyentuh persoalan itu. Falsafah juga adalah kajian tentang makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan yang berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia. 

Falsafah merupakan kajian tentang :

  • semula jadi minda yang seba tahu 
  • tabiat semula jadi manusia 
  • soalan mengenai kuasa dalam pendidikan dan masyarakat 

Contoh :

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 

DASAR PENDIDIKAN                                                                                                 

Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar merupakan formulasi idea - idea sebagai panduan untuk tindakan. Pelaksanaan sesuatu dasar membabitkan persoalan perundangan. 

Dasar solusi dalam pendidikan :

  • menyelesaikan masalah dari aspek sosial dan ekonomi
Dasar kebajikan dalam pendidikan 
  • mengubah tahap keilmuan dan kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi 
  • berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan 

Contoh :

DASAR PENDIDIKAN PERCUMA (DPP)

Pendidikan percuma menjadi idaman setiap warganegara terutamanya dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Pada era penjajahan dasar pendidkan di tanah air kita ialah pendidikan vernakular dengan menekankan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Perlembagaan Malaysia Perkara 12 Perlembagaan Rakyat 1947 Seksyen 15 dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 Perkara 26 menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. 

SISTEM PENDIDIKAN

Apabila suatu dasar sudah termaktub maka slstem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut. Sesuatu sistem mempunyai komponen yang rumit dan kompleks. Pelaksanaan sistem yang berjaya apabila semua komponen saling bergabung dan menyokong antara satu sama lain.

Diterajui oleh dua kementerian :

  1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) :
    • KPM bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah 
  2.  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) :
    • KPM bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah 


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada :
  • Pendidikan Prasekolah

                    Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun 

  • Pendidikan Rendah 

                     Direncanakan bagi tempoh enam tahun yang terdiri daripada sekolah 

                     kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan 

  •  Pendidikan Menengah 

                     Terdiri daripada menengah rendah dan menengah atas. Ia diadakan mengikut    

                     akademik, teknik dan vokasional dan kebangsaan agama


Falsafah, dasar dan sistem pendidikan saling berhubung antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pendidikan di Malaysia. Setiap langkah yang diambil perlu diteliti terlebih dahulu sebelum apa - apa keputusan dibuat supaya dapat mengelakkan sebarang permasalahan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia. Malaysia akan terus berkembang maju sekiranya meningkatkan tahap pendidikan rakyatnya. 


FUNGSI FALSAFAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN 

  • KETETAPAN MAKNA PENDIDIKAN

Membina makna pendidikan itu sendiri adalah kerja falsafah untuk membezakannya dengan makna-makna yang lain dengan mengambilkira cabang-cabang metafizik, epistomologi, aksiologi dan logik. Setiap cabang memberi pengertian yang tersendiri;


              Metafizik = ketuhanan, realiti dan kesejagatan.
              Epistemologi = perihal ilmu/pengetahuan.
              Aksiologi = perihal nilai (etika & estetika).
              Logik = pemikiran dan penyelesaian masalah.
            
            Contoh : pendidikan, pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran.

              

  • MENENTUKAN MATLAMAT / HALA TUJU PENDIDIKAN

Falsafah pendidikan menentukan arah ke manakah setiap warganegara perlu dibimbing pada peringkat usia persekolahan. Sekolah merupakan institusi yang dibina untuk kepentingan masyarakat bagi menyediakan tempat didikan yang sempurna terhadap anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna dan warga negara yang dicita-citakan. 
             Contoh : keinsanan, kemanusiaan, ketuhanan, pembangunan, kelestarian.


  • KEBERMAKNAAN HASIL PENDIDIKAN

Tujuan pendidikan yang telah ditetapkan memberi gambaran yang jelas tentang hasil pendidikan (outcome) yang mesti dicapai, warganegara yang bagaimana yang semestinya dibentuk dan pembangunan yang bagaimana yang akan dilaksanakan.                 
            Contoh : warganegara berakhlak, harmoni, bersatupadu, seimbang, progresif.


  • MENETAPKAN PROSES PENDIDIKAN

Dengan adanya matlamat dan hasil pendidikan yang hendak dicapai, maka perkara paling berkaitan dengannya ialah menetapkan cara atau proses yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai matlamat dan hasil pendidikan tersebut.
            Contoh : bersepadu, menyeluruh, seimbang, harmonis.


  • PENAMBAHBAIKAN PENDIDIKAN

Membina falsafah pendidikan merupakan langkah pertama untuk membaiki proses    pendidikan dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan di sesebuah negara.
            Contoh : Pendidikan sepanjang hayat, Pendidikan masa depan, Pendidikan potensi.  



PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

MODAL INSAN

  • Pendidikan dapat menguatkan modal insan.

  • Pembinaan modal insan melalui pendidikan perlu dimulakan seawal mungkin dan berbentuk formal supaya dapat menghasilkan produk yang sama di merata tempat.

  • Melalui pendidikan, individu yang berpendidikan tinggi dan berjaya di alam pekerjaan dapat dilahirkan.

  • Institusi pendidikan seperti sekolah, pembelajaran kesihatan, dan perbincangan mengenai nilai hidup juga merupakan modal insan ke arah meningkatkan aset insan itu sendiri.Sebagai contoh di sekolah, guru menerapkan ilmu yang menekankan tentang aspek nilai nilai mulia dengan lebih mendalam.

 

EKONOMI

  • Pendidikan akan melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi yang bersifat inovatif dan berkemahiran yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan produktiviti, meningkatkan pendapatan hidup serta membawa ke arah pendapatan negara yang lebih tinggi.

  • Tenaga kerja ini memainkan peranan yang sangat penting dari segi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

  • Kadar kemiskinan dalam negara juga dapat dikurangkan dengan adanya pendidikan yang mampu menurunkan kadar pengangguran. Sebagai contoh, individu yang mempunyai pendidikan yang tinggi akan mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Hal ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.

 

SOSIAL

  • Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum yang amat memerlukan kepada nilai, akhlak dan etika yang tinggi untuk terus hidup secara harmoni.

  • Komunikasi yang mempunyai adab kesantunan yang tinggi itu membawa peranan yang amat penting dalam berinteraksi antara satu sama lain.

  • Pendidikan akan mempengaruhi masyarakat dalam aspek pembentukan akhlak yang mulia. Sebagai contoh, pendidikan agama dan pendidikan moral dan sivik menerapkan nilai murni seperti amanah, jujur, dedikasi, adil dan saksama yang diperlukan dalam diri seseorang individu.

 

POLITIK

  • Melalui pendidikan, ia dapat melahirkan generasi yang mempunyai ilmu yang tinggi serta mempunyai sifat berdaya saing dan berkualiti dalam semua bidang.

  • Bakal bakal pemimpin yang hebat juga dapat dilahirkan melalui pengaruh pendidikan. Negara akan dapat ditadbir dengan lebih baik dan cekap dengan adanya barisan pemimpin yang berpendidikan tinggi.

  • Pendidikan yang dimiliki dalam sesebuah negara membolehkan pembangunan negara dapat dicapai.

 

AGAMA/MORAL

  • Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang diajar di sekolah berperanan untuk membentuk keperibadian seseorang individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • Ilmu pendidikan yang diterapkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi seseorang individu untuk melakukan amal kebaikan serta membina sahsiah diri yang berkualiti.

  • Ia juga dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Sebagai contoh, perkara yang merosakkan akhlak dan terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dapat dielakkan dengan adanya ilmu didikan agama dan moral.

  • Generasi yang berpendidikan pasti memiliki personaliti yang baik dan berakhlak mulia.


IMPAK PEMBANGUNAN NEGARA TERHADAP KEMAJUAN PENDIDIKAN

PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA

-Tahap literasi yang semakin tinggi dalam kalangan wanita menunjukkan hubungan  yang signifikan terhadap penurunan kadar kelahiran, penurunan kadar kematian, peningkatan tahap penjagaan kesihatan dan peningkatan kualiti keluarga. 

PEMBANGUNAN EKONOMI

-Membina rakyat ke arah pekerja kreatif berasas teknologi telah berjaya meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran hasil ekonomi. TVET telah meningkatkan kecekapan dan kemahiran bekerja dalam kalangan rakyat.

PEMBANGUNAN SOSIAL

-Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara menerusi kesedaran dan penglibatan dalam memupuk perpaduan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian.

PEMBANGUNAN DEMOKRASI

-Pendidikan telah memberikan hak yang adil kepada semua rakyat untuk menyokong kualiti kehidupan dan hak bersuara.

PEMBANGUNAN AGAMA

-Literasi agama telah meningkatkan kesedaran masyarakat untuk hidup mengikut ajaran agama dan berakhlak mulia.

 PEMBANGUNAN SUKAN

-Pendidikan dalam aktiviti jasmani dan sukan pada peringkat sekolah telah memupuk minat dan penglibatan dalam sukan pada peringkat sekolah dan kebangsaan serta mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa. Contohnya, pembangunan pelancongan sukan.

PEMBANGUNAN NILAI PATRIOTIK DAN KEWARGANEGARAAN

-Mewajibkan pendidikan sejarah telah memupuk nilai patriotik dalam kalangan rakyat yang berbeza latar belakang untuk memartabatkan bangsa dan mendaulatkan negara.

PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI

-Pendidikan STEM memainkan peranan positif dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui produktiviti, pengurangan ketidakseimbangan pendapatan dan meningkatkan penggunaan inovasi teknologi.










Comments